(Disclaimer: tips untuk budak kejap rajin kejap malas)
Tips umum dia, PLEASE PLEASE join telegram SPM. Korang subscribe je SPM bot apa tu aku tak ingat. Kita kan geng malas bukak buku, so aku guna phone je kalau bosan takde benda buat. Selalunya aku main phone bukan whatsapp pakwe pun, aku bukak tutup apps macam orang takde life. Anyway telegram aku dah uninstall, cari la. Jangan malas. jk, nah CLICKME
Sejarah
Untuk subjek sejarah ni, kalau kau tak suka kan tapi tolong la skor sikit. Nasihat aku, skor kertas 1 & 3 je. Kertas 2 musuh semua budak. Masa aku SPM, aku bukak je kertas soalan, dah tawakal. SUSAH WOI SUSAH. Bahagian A susah mak oii. Aku ingatkan korang, tolong la mahir sudut maklumat kat buku teks tu. Aku dah terkena haritu kesian betul.
Kertas 1, aku akan buat latihan kertas 1 sampai muntah. Aku ulang-ulang sampai aku bosan! Aku buat ikut bab. Aku sure la korang tahu yang kertas 1 ni soalan ulangan je. Better buat je latihan kertas 1 sampai kau hafal. Memang sebijik pun masa aku SPM haritu. Ada lebihan masa lagi sebab aku dah biasa buat.
Tengoklah, banyak betul kertas aku. Ya Allah, cintailah alam sekitar, kurangkan la penggunaaaann kertas. jk
Matematik
Maths pulak, benda biasa. Buat la latihan banyak-banyak. Maths ni soalan dia sama je, jalan kerja dia sama je. Korang dah boleh agak dah. Sangat senang. Kertas 1 math memang takkan cukup masa, so skor je kertas 2 elok-elok okay? Kertas 2 kita dah tahu topik apa dia akan keluar sebab benda sama je. Bahagian B tu, korang pilih 4 topic yang korang nak jawab. Kalau aku, aku tak jawab soalan lukis pelan tu. Otak aku tak paham. Aku suka topik bumi. Senang sangat... Pergi beli SEMUA buku latihan kat kedai buku tu! Jangan malas je.
Fizik
Addmaths
Addmath ni, korang kena la rajin ye. Latihan je la sampai bosan. Mahir semua bab, jalan kiranya sama je. Soalan je dia twist. Aku belum move on dengan kertas addmath aku. Ya Allah, susah. Doakan la gred turun ye.
Last- Before aku nak SPM, a week before macamtu, aku akan listkan subtopics yang aku rasa aku tak power lagi or perlukan more attention just like you. So from that, kau takdela seronok sangat buat latihan sebab aku sure korang akan skip topic yang korang tak suka ehek.
P.s : Nak dapat gred yang cantik ni kena rajin je. Semua terpulang kat usaha masing-masing. Kalau dah usaha, tapi masih sama je. Sabar la, banyak lagi exam nanti. Jangan give up dan jaga la kesihatan mental.
1 guys please leave your comment
bagusnya. semoga bermanfaat untuk semua. i've long tinggalkan sekolah and all these subjects seems like a dream to me.
ReplyDeleteThank you for existing.