SPM Journey: Part 2

By Nur Amirah - 9:11 pm

Hai, sambungan semalam.



Aku nak start cerita masa aku form 5 terus. Form 5 aku memang penat. Bukan maksud aku waktu form 5 yang penat, aku yang penat. Dengan tuitionnya, koko tu aku cuba maintain kehadiran semua. It was hard.

Masa koko, aku la manusia paling lonely, sebab aku sejenis manusia yang takde kawan. Jujur aku kata, aku memang takde kawan yang macam orang lain ada. So, mostly waktu koko aku memang akan sorang. Lagi-lagi waktu koko tu sukan. Aku punya sukan badminton, so tempat sukan aku kat dewan. Aku ni jahat, aku bagi kedatangan, aku blah gi duduk pondok. Kat sekolah aku, waktu koko sukan je benda paling syok sebab kau macam bebas. Aku memang akan sorang kat pondok tu, ada yang tidur, dengar lagu semua. Tapi aku, jenis budak taknak gagal, aku akan buat latihan masa tu. Aku gunakan masa 3 jam, buat addmath, siapkan homework. Dalam otak aku, aku nak balik, mandi dan tidur.

Subjek addmath, musuh segala pelajar. Aku selalu dapat ayat "addmath lulus boleh la" setiap kali dapat result. Kadang-kadang ada yang selalu cakap "otak addmath boleh la" bla bla, nasihat aku la kan, setiap orang ada yang dia pro. Ada yang skor BM,BI. Mostly, aku hanya skor subjek math,addmath dan kimia je dalam kelas (yang paling tinggi). Yang lain aku so-so je. Ada je yang skor sejarah tinggi dari aku, banyak je lagi. Tapi aku tak faham la asal dorang "OpeN mINdED" sangat.

Aku menyampah jugak orang bagi aku ayat-ayat macamtu. Usaha aku, itulah yang aku dapat kot. So, bagi aku, kau ukur je otak kau tu. Tengok diri sendiri je jangan la sibuk dengan orang lain. Ada satu kali tu, budak kelas aku bukak SAPS aku sebab nak tengok markah addmath aku. Kelakar betul, pastu nak banding bagai. Hm, lelaki mana nak matang kan?

Subjek kimia pulak, rezeki aku. Back up fizik aku. Masa aku midterm, aku terkejut jugak la aku skor kimia. Aku selalu skor kertas 1 dengan kertas 3 sahaja tau. Kertas 1 aku memang 40/50. Kalau kertas 3 pulak, memang 45+/50. Kertas 2 aku paling tinggi pun 65/100 je. Rasa nak nangis, so masa trial aku saja nak try, aku still skor jugak.

Bila aku fikir, kimia ni senang je sebenarnya. Tips dia, kau kena mahir je bab form 4. Sebab ulang benda sama je waktu form 5 tu. Aku pelik jugak la, masa kelas kimia aku mengantuk gila. Tidur tapi mata bukak. Mungkin aku fokus waktu tuition kot, tu aku boleh dapat result macamtu. Ni link tips

Sejarah pulak, aku benci sejarah sebab kena hafal hafal hafal dan aku punya otak tak suka membaca,hafal. Aku suka mengira! Masa nak SPM, aku target nak skor kertas 1 dan kertas 3 je tau. So, untuk kertas 1, masa SPM hehe aku dah kira, aku dapat 36/40. Syukur sangat, aku tak pernah skor banyak macamtu!! Nantikan la tips dia. Kertas 3 takde tips, kau kena fahamkan je la soalan. Aku tawakal je masa spm haritu. Susah.

Maths! Fav subject aku dari dulu.Tapi masa form 4, aku selalu dapat B+ je. Bila naik je form 5, aku set otak aku. Aku nak A/A+ je untuk maths. Alhamdulillah, aku maintain je gred tu. Masa trial aku dapat A. Dapat la merasa A+ dulu, seronok.

Subjek BM BI ni aku tawakal sahaja. Aku tak minat subjek bahasa. Aku selalu dapat A-/A je untuk dua subjek ni. Aku tak minat, aku cuba tapi otak aku tepu. Kalau bagi 50 soalan math dengan 10 karangan, aku rela jawab soalan math tu!

  • Share:

You Might Also Like

0 guys please leave your comment

Thank you for existing.