My PM Routine

By Nur Amirah - 8:00 pm



Harini, nak share my night skincare routine. Actually, aku jenis pemalas. Tapi dalam hati masih nak kulit bersih dan cantik. So, aku masih dalam basic routine. Takde pakai acid bla bla BHA AHA semua sebab pakai sunscreen pun malas ehek.

Muka aku takde banyak jerawat, sejak jaga muka, jerawat keluar bila datang haid je obvs. Hormon kot, but ya, sebulan sekali je jerawat muncul. But still, muka aku ada white/black heads semua etc.

Skin type : Oily/Combo aku pun tak sure.

First Cleanser: Aku akan remove sunscreen pakai benda alah ni je, for your information, aku dah pakai 2 jenis oil cleanser, muka aku teruk haha. So aku pakai je la ni, if kau tak pakai makeup yang heavy, benda ni okay je la. Lagipun murah, rm8-rm10 je. (Hidup student)

Cleasing Water : Drugstore : RM7-RM25


Second Cleanser: SIMPLE facial gel je (Sorry lupa snap)

Toner: After cleanser, aku pakai toner ni. Baru pakai dalam 2 bulan, so far aku sedar muka aku tak panas bila apply moisturiser. Dulu, selalu panas.

Hada Labo : Drugstore : RM10(mini)

Treatment: Kalau muka ada jerawat aku akan pakai tea tree. Dah pakai tea tree dalam 3 tahun? Ni je la produk yang kecutkan jerawatkuuu. Tapi scars dia tak hilangkan la.Banyak brand tea tree aku dah try, so aku beli tengok mana yang sales je sekarang. Brand yang dah try - Meditree, Thursday Plantation, Aiken. Bagi aku, nak murah pakai la aiken.

Tea Tree Oil (any brand) : Drugstore : RM15-RM40

Moisturiser: Lepas dah treat atau pakai toner, aku pakai la moisturiser. Ni je la yang aku pakai, dah nak 3 botol dah. Best,gentle dan packaging best haha.

Simple : Drugstore : RM16-RM20

Lips: Sebelum tidur, memang akan apply benda ni so that bibirku smooth sahaja. So, beli la ye. Mahal sikit dengan yang besar tu tapi tak silap aku ingredient dia tak sama.

Lipbalm : Drugstore : RM15

  • Share:

You Might Also Like

1 guys please leave your comment

  1. weh serious la ko punya routine mcm ni?? hahaha. tkda rasa dalam hati nak malas ke nak buat? mcm mana boleh istiqomah nak buat benda alah ni? apakah azam anda setiap hari? serios la. weh kalau sy nak mandi sehari 2 kali tu pikir banyak kali. hahahaha. tambah2 lagi nak gosok gigi. kan bilik air jauh. termalas yang amat

    ReplyDelete

Thank you for existing.